26 Disember 2020, Bukit Mertajam : Majlis yang berlangsung di Pusat Hemodialisis Zakat cawangan Permatang Rawa baru-baru ini adalah merupakan majlis serahan mesin dialisis dari PTPTN yang menggunakan dana wakalah iaitu pengembalian semula sebahagian daripada zakat yang ditunaikan oleh PTPTN kepada ZPP dan wang itu dikhususkan untuk memberikan rawatan kepada asnaf yang menerima rawatan di Pusat Hemodialisis ZPP. Serahan mesin tersebut yang bernilai RM45,000 itu telah diserahkan oleh Ketua Eksekutif PTPTN, En. Ahmad Dasuki Abdul Majid kepada En. Amran Hazali, Ketua Pegawai Eksekutif ZPP. Tujuan serahan ini adalah bagi membantu memenuhi keperluan pesakit asnaf yang kian hari makin bertambah di Pusat Hemodialisis ZPP ini.