Kalkulator Zakat Pendapatan

ZAKAT PENDAPATAN

Pengertian Pendapatan

Perolehan yang merangkumi pendapatan gaji dan pendapatan bebas seperti pendapatan ahli profesional.

Pengertian Gaji

Merupakan ganjaran perkhidmatannya dengan sesuatu majikan atau orang perseorangan atau syarikat atau institusi.

Pendapatan penggajian merangkumi gaji tahunan, tunggakan gaji, pelbagai elaun (kenderaan, makan, mesyuarat), dan lain-lain (termasuk bonus atau sesuatu yang boleh dikira sebagai pendapatan yang berkaitan dengan penggajian).

Pendapatan Bebas

  1. Pendapatan seseorang melalui sesuatu kerja atau usaha kepakaran atau perkhidmatan yang merupakan ganjaran daripada khidmatnya.

  2. Pendapatan bebas ini merangkumi khidmat guaman, khidmat nasihat, juru perunding, rawatan perubatan, kejuruteraan, seniman dan lain-lain.

KALKULATOR ZAKAT PENDAPATAN

** Untuk bayaran Zakat Pendapatan melalui Skim Sakinah (Skim Potongan Zakat Bulanan), sila bahagikan Jumlah Zakat (2.5%) dengan 12 (12bulan).

Contoh pengiraan:

RM600.00 (Zakat Tahunan) / 12 bulan = RM50.00 (Jumlah bulanan yang perlu dipotong daripada gaji)

PERINGATAN:

Bagi seorang perempuan (bujang/berkahwin) hanya tolakan diri, nafkah ibubapa, caruman KWSP dan Tabung Haji sahaja dibenarkan.