Kalkulator Zakat KWSP

KALKULATOR KIRAAN ZAKAT KWSP (KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA)

Caruman wang simpanan pekerja dan majikan ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) atau seumpamanya dikenakan zakat apabila cukup nisab dan haul.

Wang KWSP ialah wang daripada pendapatan seseorang hasil daripada pekerjaannya yang disimpan di dalam akaun simpanan pekerja kerana tertakluk di bawah Akta KWSP.

KWSP dikenakan zakat kerana konsepnya sama seperti wang simpanan, cuma perbezaannya simpanan di KWSP tidak boleh dikeluarkan sewenang-wenangnya seperti akaun simpanan biasa.

Nisab bagi tahun 2023 adalah RM21,650.00

Bayaran secara dalam talian lebih mudah di portal zakatpenang2u.com.

 

 

 

Amanah Ummah Dijaga, Hak Asnaf Dibela