Fatwa Berzakat

PENGERTIAN ZAKAT

Dari sudut Bahasa : Bersih, Suci, Subur, Berkat dan Berkembang

Dari sudut Syarak : Zakat membawa maksud mengeluarkan sebahagian dari harta tertentu untuk diberikan kepada orang-orang yang berhak menerimanya apabila telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

JENIS-JENIS ZAKAT

Zakat terbahagi kepada dua :

A- Zakat Harta. Jenis- jenis Zakat Harta terdiri daripada :

  • 1- Zakat Pendapatan
  • 2- Zakat Simpanan
  • 3- Zakat Emas/Perak
  • 4- Zakat KWSP
  • 5- Zakat Perniagaan
  • 6- Zakat Tanaman/Ternakan
  • 7- Zakat Saham
  • 8- Qadha Zakat

 B- Zakat  Fitrah

Zakat fitrah diwajibkan bersempena dengan bulan Ramadhan dan juga hari raya Fitrah (aidil-Fitr). Diwajibkan keatas individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Nabi s.a.w bersabda menerusi riwayat Ibn Umar :

  • “Maksudnya : Rasullulah s.a.w telah mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadan ke atas orang yang merdeka, hamba sahaya lelaki,perempuan dan kaum muslimin.”

Syarat wajib Zakat Fitrah ialah :

i- Islam

ii- Merdeka

iii- Mempunyai harta lebih daripada keperluan untuk sendiri dan tanggungannya pada hari raya dan malamnya.

SYARAT-SYARAT WAJIB BERZAKAT

1. Beragama Islam 

Yang memiliki harta/wang simpanan, wang emas atau perak, saham, ahli perniagaan, menternak binatang, bertani (padi) dan bekerja sama ada di jabatan kerajaan atau swasta yang memperolehi gaji bulanan.

 2. Sempurna Milik

Pemilikan ke atas harta tersebut mestilah sempurna (yakni tidak ada hutang dan bebas untuk menggunakannya)

 3. Merdeka

Orang Islam juga mestilah merdeka sepenuhnya

 4. Cukup Nisab

Harta itu mestilah cukup nisab iaitu bersamaan 85 g emas (mengikut harga emas semasa)

 5. Cukup Haul

Harta yang dimiliki itu juga mesti cukup tempoh satu tahun Hijrah (354 hari)

 6. Niat Untuk Berniaga

Orang yang menjalankan perniagaan/perkhidmatan mempunyai niat untuk berniaga iaitu mendapatkan keuntungan (Zakat Perniagaan)


 Hak Pembayar Zakat

  • Menunaikan Zakat pada masanya.
  • Memberi maklumat yang tepat untuk taksiran Zakat.
  • Menunaikan Zakat bagi pihak tangunggan atau amanah yang dipegang.
  • Mengingatkan rakan taulan dan saudara mara akan tanggung jawab menunaikan Zakat.
  • Menyalurkan maklumat pihak atau individu lain yang layak menerima Zakat.

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Add New Playlist