Pemberian Skim Bantuan Kewangan Bulanan adalah bertujuan untuk meringankan bebanan kewangan golongan Fakir dan Miskin yang memerlukan bantuan saraan yang tetap setiap bulan.
SYARAT-SYARAT BANTUAN
Pemohon mestilah memenuhi syarat- syarat umum bantuan zakat
Tiada pendapatan atau berpendapatan tetapi tidak mencukupi had keperluan asasi
Pemohon yang sihat tubuh badan dan mampu bekerja tidak dipertimbangkan melainkan dokumen sokongan kesulitan kehidupan.
Keutamaan akan diberikan kepada kategori penerima berikut:
Warga Emas yang uzur dan tiada anak yang dapat membantu.
Berpenyakit kronik
Ibu tunggal/tinggal yang tiada sumber pendapatan atau tidak mencukupi
Mempunyai ramai tanggungan yang masih belajar atau tiada keupayaan untuk bekerja.
Cacat fizikal / mental
Belum atau telah menerima bantuan daripada agensi lain tetapi tidak mencukupi had keperluan asasi.
CARA PERMOHONAN
Permohonan hendaklah melalui borang permohonan bantuan yang dikeluarkan oleh Zakat Pulau Pinang. Dapatkan borang permohonan di kaunter perkhidmatan zakat yang berhampiran.