Bantuan Kewangan Bulanan

SKIM BANTUAN KEWANGAN BULANAN

OBJEKTIF BANTUAN

Pemberian Skim Bantuan Kewangan Bulanan adalah bertujuan untuk meringankan bebanan kewangan golongan Fakir dan Miskin yang memerlukan bantuan saraan yang tetap setiap bulan.

SYARAT-SYARAT BANTUAN

  1. Pemohon mestilah memenuhi syarat- syarat umum bantuan zakat

  2. Tiada pendapatan atau berpendapatan tetapi tidak mencukupi had keperluan asasi

  3. Pemohon yang sihat tubuh badan dan mampu bekerja tidak dipertimbangkan melainkan dokumen sokongan kesulitan kehidupan.

  4. Keutamaan akan diberikan kepada kategori penerima berikut:

  • Warga Emas yang uzur dan tiada anak yang dapat membantu.

  • Berpenyakit kronik

  • Ibu tunggal/tinggal yang tiada sumber pendapatan atau tidak mencukupi

  • Mempunyai ramai tanggungan yang masih belajar atau tiada keupayaan untuk bekerja.

  • Cacat fizikal / mental

  • Belum atau telah menerima bantuan daripada agensi lain tetapi tidak mencukupi had keperluan asasi.

CARA PERMOHONAN

Permohonan hendaklah melalui borang permohonan bantuan yang dikeluarkan oleh Zakat Pulau Pinang. Dapatkan borang permohonan di kaunter perkhidmatan zakat yang berhampiran.

 

 

Amanah Ummah Dijaga, Hak Asnaf Dibela

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Add New Playlist