SKIM PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH ZAKAT PULAU PINANG (BAUCAR TANPA TUNAI)

OBJEKTIF BANTUAN

Menyalurkan keperluan peralatan sekolah seperti pakaian seragam sekolah, beg sekolah dan alatulis kepada anak-anak asnaf pada permulaan sesi persekolahan.

SALURAN BANTUAN

  1. Bantuan dikreditkan ke dalam kad pengenalan waris bernilai RM150.00 untuk ditebus dimana-mana kedai yang dilantik ZPP.

  2. Dalam program ini, Zakat Pulau Pinang menyalur bantuan pakaian seragam persekolahan lengkap seperti beg, peralatan menulis, pakaian seragam persekolahan.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  1. Pemohon mestilah memenuhi syarat umum bantuan zakat.

  2. Pemohon mestilah pemastautin di negeri Pulau Pinang.

  3. Pendapatan isi rumah RM 3000,00 dan ke bawah.

  4. Mempunyai sekurang-kurangnya dua anak bersekolah (tidak termasuk pra sekolah).

  5. Permohonan mestilah dibuat melalui pihak sekolah/Kadun/Penyelaras Kadun/ALP Zakat/Ahli MAINPP.

  6. Seorang pelajar hanya berhak mendapat sekurang-kurangnya satu set kelengkapan persekolahan daripada Zakat Pulau Pinang.

SENARAI PREMIS/PEMBEKAL KELENGKAPAN SEKOLAH

Muat turun senarai premis pembekal kelengkapan peralatan sekolah untuk Baucar Tanpa Tunai ZPP Tahun 2024

Penebusan sehingga 31 Mac 2024 sahaja

Amanah Ummah Dijaga, Hak Asnaf Dibela