BANTUAN KEMASUKAN ELEKTRIK DAN AIR ZAKAT PULAU PINANG
OBJEKTIF
Melengkap prasarana kediaman Fakir/ Miskin.
SYARAT PERMOHONAN
-
Pemohon mestilah memenuhi syarat umum bantuan zakat.
-
Pemohon mestilah mendapatkan persetujuan bertulis daripada semua tuan tanah yang terlibat.
-
Pemohon mestilah pemastautin di Negeri Pulau Pinang dan kediaman terlibat mestilah berada di Pulau Pinang.
-
Permohonan mestilah dibuat atas nama ketua keluarga.
-
Status rumah pemohon mestilah kepunyaan sendiri atau mendapat kebenaran bertulis daripada pemilik tanah berkenaan.
-
Bantuan ini diberi kepada kes pemasangan meter air/ elektrik yang baharu.
CARA PERMOHONAN
-
Permohonan mestilah dikemukakan bersama dokumen-dokumen sokongan berikut:
-
-
Salinan dokumen hak milik tanah (geran mukim / daftar sementara / borang 14A / surat kelulusan pejabat tanah)
-
Surat kebenaran bersumpah tuan tanah.
-
Salinan kad pengenalan tuan tanah
-
-
Permohonan mestilah mendapat sokongan dan perakuan daripada Jawatankuasa Kariah tempat tinggal pemohon.
-
Siasatan akan dilakukan ke kediaman pemohon. Semua maklumat berkaitan kesihatan, pendapatan, keadaan keluarga dan keadaan rumah pemohon perlu dilaporkan oleh Pegawai Penyiasat beserta dengan gambar untuk pertimbangan pihak pengurusan.
-
Pemasangan bagi permohonan yang berjaya akan dibuat oleh kontraktor yang dilantik oleh Zakat Pulau Pinang.