SKIM DERMASISWA PENGAJIAN ZAKAT PULAU PINANG, MAINPP
OBJEKTIF
Membantu kewangan mahasiswa/mahasiswi yang menuntut di institusi-institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Jawatankuasa Dermasiswa Pengajian dan Pendidikan ZPP berkelayakan samada di dalam atau luar negara pada peringkat Diploma, Markaz Lughah (Mesir), Ijazah, Ijazah Perubatan, Sarjana dan PhD. Terbuka kepada semua kursus yang memberi manfaat kepada agama dan masyarakat.
SYARAT PERMOHONAN
1. Pemohon mestilah memenuhi syarat-syarat umum bantuan Zakat.
2. Pemohon yang telah ada rekod permohonan perlu kemaskini:
-
Surat pengesahan belajar TERKINI (Tahun Semasa) – Diperolehi dari IPT
-
Surat Pengesahan bermastautin pelajar dan pengesahan pendapatan ibu bapa yang tidak mempunyai penyata gaji TERKINI hendaklah disertakan bersama Tarikh Semasa memohon.
-
Keputusan peperiksaan/laporan kemajuan TERKINI – Tahun Semasa.
3. Belajar di Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)/Kerajaan Malaysia/MAINPP kecuali Kolej Kemahiran / MARA dan Kolej Komuniti atau seumpamanya tidak akan dipertimbangkan.
Permohonan hendaklah dilakukan secara dalam talian dan memuat naik (upload) dokumen yang benar di tempat yang telah ditetapkan.
4. Pemohon mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dalam semua bidang atau mendapat kelulusan dari Jawatankuasa Dermasiswa Pengajian dan Pendidikan Zakat Pulau Pinang.
5. Keputusan nilai purata semester CGPA 2.75 dan ke atas sahaja yang layak dipertimbangkan bagi pelajar dalam negara manakala bagi pelajar luar negara mereka yang lulus sahaja akan dipertimbangkan. Kecuali Indonesia Pengajian Islam (keputusan nilai purata sama dengan Malaysia).
6. Permohonan bagi peringkat Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Kedoktoran (PhD) dibuka kepada semua bidang pengajian dengan menyertakan ‘Laporan Kemajuan Pembelajaran ’ / CGPA.
7. Ibubapa yang bekerja dan layak membayar zakat mestilah membayar zakat pendapatan / harta mereka di Zakat Pulau Pinang, MAINPP.
8. Pemohon yang menetap dan tinggal di luar Pulau Pinang tidak layak memohon kecuali ibubapa membayar zakat harta di Pulau Pinang.
9. Pemohon mestilah tidak memohon/menerima bantuan zakat dari negeri lain.
10. Pemohon yang telah tamat pengajian semasa tawaran ini dibuka adalah tidak layak memohon kecuali Pengajian Islam di Mesir, Jordan dan Maghribi sahaja.
11. Kelulusan Skim Dermasiswa Pengajian adalah muktamad berdasarkan kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Dermasiswa Pengajian dan Pendidikan Zakat Pulau Pinang, MAINPP serta prestasi kewangan semasa.
12. Diploma lanjutan adalah tidak layak memohon dan tidak akan dipertimbangkan.
CARA PERMOHONAN
-
Permohonan mestilah dibuat melalui portal pengguna zakatpenang2u.com.
-
Permohonan mestilah dibuat atas nama pelajar.
-
Permohonan hanya akan dipertimbangkan sekali sahaja dalam setahun.
-
Permohonan pada tahun 2024 dijangka akan dibuka pada 29 Mac 2024 hingga 30 November 2024.
-
Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses.