SKIM AWAL PERSEKOLAHAN ZAKAT PULAU PINANG
OBJEKTIF
Memberi bantuan kepada golongan asnaf Fakir dan Miskin yang mempunyai anak-anak yang menuntut di sekolah rendah atau menengah agar tidak tercicir dalam pelajaran dan seterusnya meningkatkan taraf sosial keluarga.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
-
Pemohon mestilah memenuhi syarat umum bantuan zakat.
-
Pemohon mestilah pemastautin di negeri Pulau Pinang.
-
Pendapatan isirumah RM3,000.00 dan ke bawah.
-
Permohonan mestilah dibuat pada hujung tahun sebelum sesi seterusnya bermula atau pada awal sesi persekolahan.
-
Permohonan mestilah disertakan dengan surat pengesahan dari sekolah-sekolah yang anak-anak pemohon belajar.
-
Permohonan mestilah mendapat pengesahan / sokongan daripada pengerusi Kariah tempat pemohon bermastautin.
-
Mempunyai sekurang-kurangnya dua anak bersekolah (tidak termasuk pra sekolah).
CARA PERMOHONAN
-
Permohonan mestilah dibuat melalui borang bantuan zakat yang dikeluarkan oleh Zakat Pulau Pinang pada hujung tahun. Iklan hebahan akan dipaparkan di laman web rasmi Zakat Pulau Pinang dan juga sosial media rasmi Zakat Pulau Pinang yang lain. Borang boleh diperolehi di kaunter perkhidmatan zakat.
-
Permohonan mestilah dibuat atas nama ketua keluarga / waris.