Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam & Luar Negara

SKIM PERMULAAN KE IPT ZAKAT PULAU PINANG, MAINPP

OBJEKTIF

Membantu meringankan bebanan pelajar-pelajar untuk menampung perbelanjaan awal kemasukkan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPTA/ IPTS) Dalam dan Luar Negara.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  1. Memenuh syarat-syarat umum permohonan bantuan zakat.

  2. Permohonan sah dalam tempoh 6 bulan pertama daripada tarikh surat tawaran sambung belajar diterima.

  3. Anak pemohon (pelajar) telah mendapat tawaran untuk belajar di peringkat matrikulasi / asasi / sijil atau diploma atau ijazah pertama sahaja.

  4. Permohonan hanya dipertimbangkan untuk pengajian kali pertama sahaja bagi setiap peringkat.

CARA PERMOHONAN

  1. Melalui portal secara atas talian di pautan zakatpenang2u.com.