Seramai 1,292 orang pegawai masjid yang terdiri daripada imam, bilal dan siak di negeri ini kini dilindungi dengan Skim Keselamatan Sosial dibawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.
Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid berkata, kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memperuntukkan bayaran caruman sebanyak RM232.80 bagi setiap orang kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sebagai Skim Perlindungan diri buat mereka (imam,bilal dan siak).
Menurutnya, kerajaan turut memperuntukkan sebanyak RM6.703 juta bayaran elaun imbuhan bulanan imam serta bayaran one off kepada imam, bilal dan siak pada tahun ini.