Hukum membayar cukai pendapatan adalah wajib kerana ia adalah arahan daripada pihak berkuasa atau pemerintah. Tindakan penguasa ke atas sesuatu perkara yang diharuskan perlu dipatuhi agar kemaslahatan rakyat dapat dicapai. Membayar zakat adalah satu perkara yang lain iaitu sebagai memenuhi tuntutan agama bagi membersihkan harta yang dimiliki di sisi syarak. Bagaimanapun, mereka yang telah membayar zakat boleh mendapat pelepasan daripada membayar cukai.