TYT Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak menghadiri Majlis Pembayaran Zakat anjuran Zakat Pulau Pinang di Anjung Seri Mutiara.
TYT Tun menyaksikan Majlis Akad dan Penyerahan Zakat Perniagaan oleh YBrs. En. Shahrul Azuan bin Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa dan YBhg. Dr. Mohammad Hanis bin Osman, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat yang berjumlah keseluruhanya sebanyak RM 1,294,142 kepada YB. Dato’ Ir. Hj. Ahmad Zakiyuddin, TKM 1.
TYT Tun juga menyaksikan serahan zakat kepada Pengerusi Gabungan Dakwah Malaysia Pulau Pinang oleh TKM 1.