Pengurus Bahagian Dakwah Korporat yang juga koordinator program iaitu En. Mahroos bin Abdullah memaklumkan Gempur Peniaga Bazar Ramadan ini adalah bertujuan untuk mewujudkan jalinan silaturahim di antara Zakat Pulau Pinang dan pembayar sedia ada atau dengan prospek – prospek pembayar zakat perniagaan baharu.
Selain itu, menerapkan kefahaman berkenaan kepentingan pembayaran zakat perniagaan apabila mencukupi syaratnya. Sebanyak 105 gerai telah dikunjungi dan disantuni.
Kerjasama yang baik yang diberikan oleh penyelaras bazar iaitu En Wan telah memudahkan pihak Zakat Pulau Pinang memasuki dan berjumpa dengan peniaga bazar Ramadan.