Dialog yang telah dianjurkan oleh Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) ini dikhaskan untuk kepimpinan Mahasiswa Islam daripada pelbagai IPTA bersama Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang, Dato’ Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin bin Abd Rahman telah berlangsung pada 21 Ogos 2022 (Ahad) di Kampung Agong, Penaga, Kepala Batas.
Program ini turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi), Zakat Pulau Pinang, MAINPP, Ustaz Mohamad Kairi Bin Ghazalli.
Dato’ Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin bin Abd Rahman turut mengucapkan syabas kepada YIPP sebagai peneraju Teras Anak Muda KU2030.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang menerusi MMK Agama Islam telah memutuskan untuk melaksanakan Pelan Pembangunan Khaira Ummah 2030 (KU2030).
Salah satu teras dalam KU2030 adalah pembangunan ‘Anak Muda’.