17 November 2021, Putrajaya : McDonald’s Malaysia membayar zakat perniagaan berjumlah RM2 juta kepada semua 14 negeri di Malaysia. Pembayaran bagi tahun 2021 ini merupakan jumlah terbesar semenjak McDonald’s Malaysia mula membayar Zakat perniagaan lima tahun lalu, sejak syarikat itu diambil alih Lionhorn Pte. Ltd., sebuah anak syarikat Kumpulan Reza dari Arab Saudi.
Ketua Pegawai Eksekutif ZPP, En. Amran Hazali menerima zakat perniagaan tersebut dalam satu majlis yang diadakan kelmarin.
Majlis penyampaian zakat tersebut telah diadakan di McDonald’s Putrajaya Presint 2. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary menyaksikan sumbangan zakat oleh Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Amir Jaafar kepada wakil daripada kesemua 14 Agensi Pungutan Zakat.
Semoga zakat perniagaan yang ditunaikan oleh McDonald’s Malaysia bermanfaat buat asnaf memerlukan di Pulau Pinang.