Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang

SKIM DERMASISWA PENGAJIAN ZAKAT MAINPP

OBJEKTIF 

Membantu kewangan  mahasiswa/mahasiswi yang menuntut di institusi-institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Jawatankuasa Dermasiswa Pengajian dan Pendidikan ZPP berkelayakan samada di dalam atau luar negara pada peringkat Diploma, Markaz Lughah (Mesir), Ijazah, Ijazah Perubatan, Sarjana dan PhD. Terbuka kepada semua kursus yang memberi manfaat kepada agama dan masyarakat.

SYARAT PERMOHONAN

1. Pemohon mestilah memenuhi syarat-syarat umum bantuan Zakat.

2. Pemohon yang telah ada rekod permohonan perlu kemaskini:

  • Surat pengesahan belajar TERKINI (Tahun Semasa) – Diperolehi dari IPT

  • Surat Pengesahan bermastautin pelajar dan pengesahan pendapatan ibu bapa yang tidak mempunyai penyata gaji TERKINI hendaklah disertakan bersama Tarikh Semasa memohon.

  • Keputusan peperiksaan/laporan kemajuan TERKINI – Tahun Semasa.

  • Salinan Pengesahan Akaun Bank yang AKTIF dan atas nama PELAJAR. Akaun wakil hanya akan dipertimbangkan jika ada alasan yang munasabah.

3. Belajar di Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)/Kerajaan Malaysia/MAINPP kecuali Kolej Kemahiran MARA, IKM, SLC dan Kolej Komuniti atau seumpamanya tidak akan dipertimbangkan.

4. Permohonan hendaklah dilakukan secara dalam talian dan memuat naik (upload) dokumen yang benar di tempat yang telah ditetapkan. Semua dokumen perlu dilampirkan seperti asal (BERWARNA). SENARAI DOKUMEN

5. Pemohon mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dalam semua bidang atau mendapat kelulusan dari Jawatankuasa Skim Bantuan Pendidikan, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

6. Pemohon yang bekerja dan mempunyai pendapatan tidak layak memohon kecuali permohonan di peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran sahaja.

7. Keputusan nilai purata semester CGPA/PNGK/PHNM/PMK/CPA 2.75 dan ke atas sahaja yang layak dipertimbangkan bagi pelajar dalam negara manakala bagi pelajar luar negara mereka yang lulus sahaja akan dipertimbangkan. Kecuali Indonesia Pengajian Islam (keputusan nilai purata sama dengan Malaysia).

8. Permohonan bagi peringkat Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Kedoktoran (PhD) dibuka kepada semua bidang pengajian dengan menyertakan Laporan Kemajuan Pembelajaran yang disahkan oleh IPT masing-masing ATAU CGPA/PNGK/PHNM/PMK/CPA 2.75 dan ke atas untuk tahun semasa SAHAJA.

9. Diploma lanjutan, Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI), Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) adalah tidak layak memohon dan tidak akan dipertimbangkan.

10. Ibubapa pemohon yang bekerja dan layak membayar zakat mestilah membayar zakat pendapatan / harta mereka di Zakat MAINPP.

11. Pemohon yang menetap dan tinggal di luar Pulau Pinang tidak layak memohon kecuali ibubapa membayar zakat harta di Pulau Pinang melebihi RM 1,200.00 setahun.

12. Pemohon mestilah tidak memohon/menerima bantuan zakat dari negeri lain.

13. Pemohon yang telah tamat pengajian semasa tawaran ini dibuka adalah tidak layak memohon kecuali Pengajian Islam di Mesir, Jordan dan Maghribi sahaja.

14. Keputusan peperiksaan pelajar Timur Tengah perlu mendapatkan pengesahan dari pegawai Atase Pulau Pinang. (* Pelajar Mesir – Tiada tunggakan yuran Wisma Seri Mutiara / Seri Pinang)

15. Kelulusan Skim Dermasiswa Pengajian adalah muktamad berdasarkan kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Skim Bantuan Pendidikan, MAINPP serta prestasi kewangan semasa.

CARA PERMOHONAN

  1. Permohonan mestilah dibuat melalui portal pengguna zakatpenang2u.com.

  2. Permohonan mestilah dibuat atas nama pelajar.

  3. Permohonan hanya akan dipertimbangkan sekali sahaja dalam setahun.

  4. Permohonan pada tahun 2024 dijangka akan dibuka pada 29 Mac 2024 hingga 30 November 2024.

  5. Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses.

NOTA:

Sebarang keputusan atau perubahan adalah berdasarkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Skim Bantuan Pendidikan MAINPP.

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Add New Playlist