Berita 2023

9 MEI 2023 – MAJLIS PERASMIAN PELANCARAN DAN PENYAMPAIAN TABUNG DANA ZAKAT POLITEKNIK SEBERANG PERAI (PSP)

Majlis yang diadakan ini merupakan kesinambungan daripada Majlis Menandatangani Sijil Kolaborasi (CoC) yang diadakan pada 30 November 2022 yang lalu. Majlis berkenaan menyaksikan persetujuan Zakat Pulau Pinang (ZPP) melantik Politeknik Seberang Perai (PSP) sebagai wakil (Wakalah Zakat) untuk mengagihkan wang hasil kutipan zakat menerusi potongan zakat bulanan warga kerja PSP kepada pelajar dan juga kakitangan yang memerlukan khususnya dalam kalangan asnaf fakir, miskin, fisabilillah dan Ibnu Sabil.
.
Wakalah Zakat merupakan dasar pengembalian wang zakat oleh ZPP kepada pembayar zakat sama ada individu, syarikat, majikan dan institusi pengajian tinggi yang membayar zakat untuk diagihkan semula kepada asnaf yang layak.
.
Acara Penyerahan Tabung Dana Zakat PSP kepada para pelajar yang layak pada hari ini telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Mejar (K) Mohd Noor bin Shahuddin, Pengarah Kanan (Akademik) Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti (JPPKK), Yang Berusaha Surveyor Harith Fadzilah bin Abdul Khalid, Pengarah Politeknik Seberang Perai (PSP) dan Yang Berbahagia Dato’ Amran Hazali, Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang, MAINPP.

SITI JAUHARAH

Zakat Pulau Pinang merupakan organisasi di bawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Urus Zakat (PUZ).

Recent Posts

12 DISEMBER 2023 – ZIARAH ASNAF PENERIMA SKIM PERUBATAN DAN SKIM SARAHIDUP SEKITAR SPU, SPS DAN TL

Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang turun menziarahi asnaf-asnaf yang memerlukan Skim…

54 years ago

9 DISEMBER 2023 – PROGRAM KURSUS PEMBANGUNAN USAHAWAN ZAKAT PULAU PINANG DALAM PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

Di akhir program ini diharapkan para peserta akan berkemampuan untuk memahami konsep pengurusan dan keperluan…

54 years ago

8 DISEMBER 2023 – LAWATAN LAPANGAN KURSUS PEMBANGUNAN USAHAWAN ZPP DAN PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

Seramai 30 orang peserta Kursus Pembangunan Usahawan Zakat Pulau Pinang Dalam Pensijilan Halal Malaysia dibawa…

54 years ago

7 DISEMBER 2023 – BENGKEL PEMURNIAAN KIT DLP MATEMATIK & SAINS SEKOLAH RENDAH DI BAWAH MPDCA TAHUN 2024

Bengkel ini telah berlangsung pada 06 - 07 Disember 2023 bertempat di Iconic Hotel, Bukit…

54 years ago

7 DISEMBER 2023 – KURSUS PEMBANGUNAN USAHAWAN ZAKAT PULAU PINANG DALAM PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

Kursus yang dikendalikan oleh Bahagian Keusahawanan Asnaf, Jabatan Agihan & Pembangunan Masyarakat, Zakat Pulau Pinang…

54 years ago