Sumbangan Skim Kafalah Mahabbah Zakat Pulau Pinang (ZPP) kepada balu Allahyarham Abdul Halim Abdullah, yang pulang mengadap ilahi baru-baru ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan di kalangan para solehin. Ameen…
.
Skim ini merupakan satu Skim Khairat Kematian atau satu tabung sumbangan ikhlas daripada ZPP kepada WARIS PEMBAYAR ZAKAT (MUZAKKI) dan WARIS PENERIMA BANTUAN KEWANGAN BULANAN (MUSTAHIQ) di Pulau Pinang serta tertakluk kepada terma dan syarat yang ditentukan oleh ZPP.
.
Sumbangan disampaikan oleh En. Mohamad Kairi Ghazalli, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) ZPP, MAINPP.
.
Layari portal zakatpenang2u.com untuk mendaftar.
.
Maklumat lanjut: 04-549 8088 (Bahagian Fitrah & Kafalah)