Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada 7 buat syarikat korporat yang telah menunaikan zakat perniagaan dalam satu majlis yang telah diadakan kelmarin. Semoga Allah menerima ibadah zakat yang ditunaikan serta memberkati perniagaan yang dijalankan. Ameen…
Bank Islam Malaysia Berhad diwakili Us. Mohd Nazri Chik, Ketua Pegawai Rangkuman Kewangan Kumpulan Bank Islam Malaysia Berhad.
Bank Pembangunan Malaysia Berhad diwakili Haji Ruslan Yohman, Ketua Pengurusan Zakat, Bank Pembangunan Malaysia Berhad.
Maybank Islamic Berhad diwakili En. Zolkefli Awang, Pengarah Wilayah Utara, Maybank Islamic Berhad.
Celcom Network Sdn Bhd diwakili En. Akryl Azam Arudin, Ketua Operasi Pemasaran Wilayah Utara, Celcom Network Sdn Bhd.
CIMB Islamic Bank Berhad diwakili Us. Ahmad Suhaimi Yahya, Ketua Serantau, Penasihatan Syariah & Tadbir Urus, CIMB Islamic Bank Berhad.
Hospital Pakar KPJ Penang diwakili En. Zabidi Haji Abdul Razak, Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Penang Specialist Hospital.