Ketua Pegawai Eksekutif, ZPP, Dato’ Amran Bin Hazali dijemput untuk berkongsikan pelbagai aktiviti yang telah dan sedang berjalan dalam Bulan Zakat Negeri Pulau Pinang bermula 3 November 2022 sempena Kempen Bayar Zakat Tahun 2022.
Kempen ini dilakukan bagi menyemarakkan semangat berzakat, memberi kesedaran serta memupuk budaya berzakat di kalangan umat Islam. Ia juga sebagai satu bentuk tarbiyah kepada penduduk Islam di Pulau Pinang tentang peranan zakat sebagai instumen penting dalam mewujudkan keseimbangan sosio-ekonomi ummah.
Bermula 17 hingga 31 Disember 2022, ZPP akan bergerak lebih agresif untuk memberi kesedaran kepada umat Islam khususnya kepada mereka yang masih belum membayar zakat dengan membuka kaunter ibu pejabat dan 7 kaunter cawangan diseluruh Pulau Pinang selama 7 hari seminggu, menggerakkan kaunter zakat bergerak ke premis-premis, jabatan-jabatan dan lain-lain lagi.
Pembayar zakat juga diseru menggunakan portal zakatpenang2u.com sebagai platform bayaran zakat secara dalam talian.
Bayar zakat segera untuk melayakkan anda mendapat Rebat Cukai Pendapatan.
– Seksyen 6A(3) Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53)