Zakat Pulau Pinang (ZPP) telah mengunjungi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada hari ini. Tujuan kunjungan ini adalah untuk sesi perbincangan dan perkongsian pengalaman kaedah operasi di MAIWP khususnya operasi di Unit Audit Dalam(UAD), Unit Undang-Undang(UUU) dan Unit Integriti(UI).
Ketibaan delegasi daripada ZPP seramai 6 orang diketuai oleh Tuan Haji Omar Ibrahim bin Khalid yang merupakan Pengurus Besar Jabatan Operasi Kutipan, ZPP.
Diharapkan melalui kunjungan ini dapat memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak dalam perkongsian hari ini.