BERITA AGIHAN

6 DISEMBER 2022 – MAJLIS APRESIASI DAN PENYERAHAN SAGUHATI JAWATANKUASA KARIAH NEGERI PULAU PINANG 2022

Seramai 808 orang Ahli Jawatankuasa Kariah terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari yang menggalas tanggungjawab berkhidmat di kariah-kariah diraikan dalam satu Majlis Apresiasi Dan Penyerahan Saguhati Jawatankuasa Kariah Negeri Pulau Pinang yang diadakan di SP Arena, Seberang Jaya, hari ini.

Hubungan Jawatankuasa Kariah dengan Zakat Pulau Pinang terjalin baik hasil kerjasama yang erat dalam pelaksanaan tugas sebagai Ahli Lembaga Zakat Fitrah. Jawatankuasa ini bukan sekadar mengutip zakat fitrah bahkan turut menjalankan tanggungjawab dalam mengenalpasti golongan asnaf di kariah dan mengagihkan zakat fitrah kepada golongan yang berhak menerima.

Sebagai menghargai tugas dan tanggungjawab berat yang telah dilaksanakan, majlis ini menyaksikan penyerahan sumbangan saguhati dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM403,600.00, manakala Elaun Mesyuarat Jawatankuasa yang berjumlah RM416,000.00. Sebanyak 208 kariah-kariah Negeri Pulau Pinang menerima elaun mesyuarat tersebut.

Simbolik penyerahan sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato’ Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Ucapan aluan telah disampaikan oleh YBhg En. Mohamad Kairi Ghazalli, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi ZPP. Turut hadir, YBhg Dato’ Haji Samsudin Bakar, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, YB Tuan Haji Mohd Tuah Ismail, Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, YBhg Tuan Syed Mohamad Nazli Syed Ahmad, Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, YBhg Ustaz Fadzlee Daie, Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, YBhg Ustaz Khairul Azman Azizan, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid Dan Surau Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Wakil-wakil agensi di bawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang serta Pegawai-pegawai Tadbir Agama Daerah, Negeri Pulau Pinang.

SITI JAUHARAH

Zakat Pulau Pinang merupakan organisasi di bawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Urus Zakat (PUZ).

Recent Posts

12 DISEMBER 2023 – ZIARAH ASNAF PENERIMA SKIM PERUBATAN DAN SKIM SARAHIDUP SEKITAR SPU, SPS DAN TL

Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang turun menziarahi asnaf-asnaf yang memerlukan Skim…

54 years ago

9 DISEMBER 2023 – PROGRAM KURSUS PEMBANGUNAN USAHAWAN ZAKAT PULAU PINANG DALAM PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

Di akhir program ini diharapkan para peserta akan berkemampuan untuk memahami konsep pengurusan dan keperluan…

54 years ago

8 DISEMBER 2023 – LAWATAN LAPANGAN KURSUS PEMBANGUNAN USAHAWAN ZPP DAN PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

Seramai 30 orang peserta Kursus Pembangunan Usahawan Zakat Pulau Pinang Dalam Pensijilan Halal Malaysia dibawa…

54 years ago

7 DISEMBER 2023 – BENGKEL PEMURNIAAN KIT DLP MATEMATIK & SAINS SEKOLAH RENDAH DI BAWAH MPDCA TAHUN 2024

Bengkel ini telah berlangsung pada 06 - 07 Disember 2023 bertempat di Iconic Hotel, Bukit…

54 years ago

7 DISEMBER 2023 – KURSUS PEMBANGUNAN USAHAWAN ZAKAT PULAU PINANG DALAM PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

Kursus yang dikendalikan oleh Bahagian Keusahawanan Asnaf, Jabatan Agihan & Pembangunan Masyarakat, Zakat Pulau Pinang…

54 years ago