6 Disember 2021, Seberang Jaya : Majlis Penyampaian tablet ini merupakan kerjasama diantara Celcom Axiata Berhad dan Zakat Pulau Pinang, MAINPP.
Celcom Axiata Bhd telah menyerahkan peranti tablet dan talian internet kepada 15 orang pelajar calon SPM 2021 daripada 3 buah sekolah terpilih di sekitar Bukit Mertajam. Sekolah berkenaan adalah SMA Ibrah, SMA Al Ahmadiah Al Ijtimaiah dan SMA Faqiah Damiah.
Encik Areehan Abdullah, Ketua Tanggungjawab Korporat dan Perhubungan Kerajaan Celcom Axiata Berhad berkata, jumlah keseluruhan untuk program ini adalah sebanyak RM11 ribu. Program CSR daripada Celcom Axiata Berhad ini merupakan wakalah zakat Celcom Axiata yang diperolehi kembali untuk diagihkan kepada pelajar- pelajar asnaf.