En. Kader Mydin bin Abdul Gani, salah seorang Pengarah Restoran Hameediyah mewakili Pengarah lain telah menunaikan zakat perniagaan syarikat mereka.
Menurut mereka, dengan azam yang kukuh, mereka berhasrat untuk menunaikan zakat perniagaan setiap tahun di Zakat Pulau Pinang, MAINPP, in shaa Allah.
Semoga Allah SWT menerima ibadah zakat yang ditunaikan, memberkati keluarga mereka, serta melimpahkan kejayaan dan keberkatan kepada perniagaan Restoran Hameediyah, Campbell Street. Aamiin Ya Rabbal Alamin.