Berita 2023

4 APRIL 2023 – SUMBANGAN TABUNG KEMANUSIAAN ZPP TURKIYE DAN SYRIA

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) telah menghantar wakil ke negara Turkiye dalam Misi Bantuan Kecemasan Gempa Bumi Turkiye dan Syria pada 15 hingga 21 Mac 2023 yang lalu.

Misi selama 6 hari itu disertai oleh Timbalan Yang Dipertua MAINPP merangkap wakil NGO iaitu Kedamaian Kemanusiaan Berhad (KKB) Dato’ Dr. Roslan bin Ahmad, Ketua Unit Pengurusan Dana Wakaf MAINPP, Tuan Haji Kamal bin Said dan Ahli Lembanga Pengarah Zakat Pulau Pinang, Tuan Haji Mohd Taupek bin Abd Rahman.
Sebanyak RM629,036.67 dari Tabung Bantuan Kemanusiaan ZPP dan Tabung Khas masjid-masjid di negeri Pulau Pinang telah diperolehi bagi meringankan beban mangsa gempa bumi di negara berkenaan. Gandingan kerjasama bersama NGO KKB (Malaysia) dan Hayir Kapilari (Turkiye) telah menyediakan keperluan seperti barangan dapur, hygiene dan sajian makanan.
Misi Bantuan Kecemasan berkenaan turut mengedarkan barangan keperluan di khemah mangsa gempa di Antakya dan KΔ±rΔ±khan di Wilayah Hatay, Turkiye yang mencatatkan 80% keseluruhan bangunan di kawasan berkenaan teruk terjejas.
Tragedi gempa bumi Turkiye-Syria berukuran 7.8 skala richter pada 6 Februari 2023 itu telah mencatatkan kematian sekurang-kurangnya 56,000 orang. Dianggarkan 2.5 juta penduduk terjejas dengan kira-kira AS$84.1 bilion nilai kerosakan harta benda.

Bersama kita untuk terus menyumbang terhadap mangsa gempa bumi Turkiye dan Syria bagi meringankan beban untuk meneruskan kehidupan dan survival saudara kita di sana.

SITI JAUHARAH

Zakat Pulau Pinang merupakan organisasi di bawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Urus Zakat (PUZ).

Recent Posts

12 DISEMBER 2023 – ZIARAH ASNAF PENERIMA SKIM PERUBATAN DAN SKIM SARAHIDUP SEKITAR SPU, SPS DAN TL

Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang turun menziarahi asnaf-asnaf yang memerlukan Skim…

54 years ago

9 DISEMBER 2023 – PROGRAM KURSUS PEMBANGUNAN USAHAWAN ZAKAT PULAU PINANG DALAM PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

Di akhir program ini diharapkan para peserta akan berkemampuan untuk memahami konsep pengurusan dan keperluan…

54 years ago

8 DISEMBER 2023 – LAWATAN LAPANGAN KURSUS PEMBANGUNAN USAHAWAN ZPP DAN PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

Seramai 30 orang peserta Kursus Pembangunan Usahawan Zakat Pulau Pinang Dalam Pensijilan Halal Malaysia dibawa…

54 years ago

7 DISEMBER 2023 – BENGKEL PEMURNIAAN KIT DLP MATEMATIK & SAINS SEKOLAH RENDAH DI BAWAH MPDCA TAHUN 2024

Bengkel ini telah berlangsung pada 06 - 07 Disember 2023 bertempat di Iconic Hotel, Bukit…

54 years ago

7 DISEMBER 2023 – KURSUS PEMBANGUNAN USAHAWAN ZAKAT PULAU PINANG DALAM PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

Kursus yang dikendalikan oleh Bahagian Keusahawanan Asnaf, Jabatan Agihan & Pembangunan Masyarakat, Zakat Pulau Pinang…

54 years ago