Kontinjen Zakat Pulau Pinang, MAINPP dengan kekuatan seramai 73 orang telah menyertai Perbarisan dan Perarakan sempena menyambut Hari Kemerdekaan kali ke-65 Peringkat Negeri Pulau Pinang yang diadakan di Jalan Padang Kota Lama.
Sebanyak 84 penyertaan kontinjen berjalan kaki daripada pelbagai jabatan, agensi negeri dan persekutuan, badan berkanun serta anak syarikat menjadikan jumlah seramai 4,900 orang peserta perbarisan.
Selain itu, sebanyak 26 penyertaan bagi kontinjen kenderaan turut mengambil bahagian dalam perarakan dengan penglibatan sebanyak 802 orang dengan 674 buah kenderaan sekali gus menjadikan keseluruhan kontinjen pada tahun ini adalah berjumlah 5,702 orang peserta.
Hadir menyaksikan perbarisan dan perarakan, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan isteri, Toh Puan Khadijah Mohd Nor serta Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.