Berita 2022

30 SEPTEMBER 2022 – MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN ZAKAT USAINS

Kumpulan Syarikat USAINS Holding hari ini telah mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Zakat Usains Kepada Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Sumbangan zakat Kumpulan Syarikat USAINS tersebut dibuat melalui dua anak syarikat milik penuh USAINS Holding, iaitu Usains Tech Services Sdn Bhd dan Usains Tech Capital Sdn Bhd. Zakat tersebut disampaikan oleh YBhg Datuk (Dr.) Habsah Hashim, Pengerusi Usains Holding Sdn. Bhd. kepada YBrs. Encik Mohd Kairi Ghazalli, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi, Zakat Pulau Pinang.

Usains Tech merupakan merupakan syarikat yang mengendalikan Executive Health Services di Hospital USM di Kubang Kerian, Kelantan dan juga, Pusat Perubatan USM (dahulunya dikenali sebagai IPPT) di Bertam, Kepala Batas. Manakala, Usains Tech Capitalยฎ merupakan sebuah syarikat pelaburan, yang antaranya menjalankan perniagaan parkir di Hospital USM di bawah kerjasama JV dengan sebuah syarikat tempatan.

Zakat Pulau Pinang telah memperkenalkan Skim Wakalah iaitu dasar pengembalian wang zakat oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang kepada entiti yang membayar zakat kepada Zakat Pulau Pinang untuk diagihkan kepada asnaf yang layak. Dengan itu, kumpulan Syarikat USAINS yang merupakan cabang komersil USM bersama Zakat Pulau Pinang akan berkerjasama untuk pengagihkan kembali wang yang diterima melalui Skim Wakalah ini kepada golongan asnaf di kalangan staf dan pelajar USM.

ย 

ย 

ย 

Amanah Ummah Dijaga, Hak Asnaf Dibela

SITI JAUHARAH

Zakat Pulau Pinang merupakan organisasi di bawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Urus Zakat (PUZ).

Recent Posts

12 DISEMBER 2023 – ZIARAH ASNAF PENERIMA SKIM PERUBATAN DAN SKIM SARAHIDUP SEKITAR SPU, SPS DAN TL

Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang turun menziarahi asnaf-asnaf yang memerlukan Skim…

54 years ago

9 DISEMBER 2023 – PROGRAM KURSUS PEMBANGUNAN USAHAWAN ZAKAT PULAU PINANG DALAM PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

Di akhir program ini diharapkan para peserta akan berkemampuan untuk memahami konsep pengurusan dan keperluan…

54 years ago

8 DISEMBER 2023 – LAWATAN LAPANGAN KURSUS PEMBANGUNAN USAHAWAN ZPP DAN PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

Seramai 30 orang peserta Kursus Pembangunan Usahawan Zakat Pulau Pinang Dalam Pensijilan Halal Malaysia dibawa…

54 years ago

7 DISEMBER 2023 – BENGKEL PEMURNIAAN KIT DLP MATEMATIK & SAINS SEKOLAH RENDAH DI BAWAH MPDCA TAHUN 2024

Bengkel ini telah berlangsung pada 06 - 07 Disember 2023 bertempat di Iconic Hotel, Bukit…

54 years ago

7 DISEMBER 2023 – KURSUS PEMBANGUNAN USAHAWAN ZAKAT PULAU PINANG DALAM PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

Kursus yang dikendalikan oleh Bahagian Keusahawanan Asnaf, Jabatan Agihan & Pembangunan Masyarakat, Zakat Pulau Pinang…

54 years ago