Berita 2022

30 NOVEMBER 2022 – PSP DILANTIK WAKIL AGIHAN ZAKAT PULAU PINANG

Zakat Pulau Pinang (ZPP) dan Politeknik Seberang Perai (PSP) hari ini menandatangani satu perjanjian kolaborasi industri (CoC) bagi melantik PSP sebagai Wakil Agihan (Wakalah) untuk mengagihkan sendiri wang zakat secara potongan gaji kakitangan PSP kepada golongan asnaf dari kalangan pelajar dan juga kakitangan yang memerlukan berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

CoC telah ditandatangani oleh YBhg Dato’ Amran Hazali, Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang, MAINPP dan YBrs Sr. Harith Fadzilah Abd Khalid, Pengarah Politeknik Seberang Perai sambil disaksikan oleh YBhg En. Mohamad Kairi Ghazalli, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi ZPP dan YBrs Puan Norazmira Zainuddin, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.
Institusi Pendidikan Tinggi lain di Pulau Pinang yang turut dilantik sebagai Wakil Agihan ZPP adalah seperti Universiti Sains Malaysia, Universiti Teknologi Mara Pulau Pinang dan Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Sewaktu zaman Rasulullah SAW di Madinah turut telah diperkenal dan dipraktikkan wakil kutipan dan agihan dalam urusan zakat, di mana Baginda SAW telah melantik dan mengutus wakil-wakilnya untuk mengumpulkan zakat dan membahagikannya kepada golongan asnaf.
Justeru, adalah menjadi hasrat ZPP agar PSP menjadi pemudahcara antara ZPP dengan golongan asnaf dalam kalangan warga PSP. Dengan kata lain, Wakil Agihan dilantik kerana ia lebih hampir dengan pembayar setempat serta golongan asnaf, dan mengetahui tentang kekurangan yang lebih mustahak untuk dibantu khususnya dalam kalangan asnaf fakir, miskin, fisabilillah dan Ibnu Sabil di kalangan warga PSP sendiri.

ZPP berharap agar kolaborasi melalui CoC Wakil Kutipan dan Agihan Zakat ini dapat mempertingkatkan perkhidmatan Zakat Pulau Pinang di dalam memastikan kutipan dan agihan zakat dapat dilakukan secara optimum, efisien dan efektif. Dengan kolaborasi ini juga diharap memberi nilai tambah kepada kempen kesedaran zakat kepada masyarakat Muslim di Pulau Pinang melalui program kesedaran pembayaran zakat dalam kalangan warga PSP.

SITI JAUHARAH

Zakat Pulau Pinang merupakan organisasi di bawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Urus Zakat (PUZ).

Recent Posts

12 DISEMBER 2023 – ZIARAH ASNAF PENERIMA SKIM PERUBATAN DAN SKIM SARAHIDUP SEKITAR SPU, SPS DAN TL

Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang turun menziarahi asnaf-asnaf yang memerlukan Skim…

54 years ago

9 DISEMBER 2023 – PROGRAM KURSUS PEMBANGUNAN USAHAWAN ZAKAT PULAU PINANG DALAM PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

Di akhir program ini diharapkan para peserta akan berkemampuan untuk memahami konsep pengurusan dan keperluan…

54 years ago

8 DISEMBER 2023 – LAWATAN LAPANGAN KURSUS PEMBANGUNAN USAHAWAN ZPP DAN PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

Seramai 30 orang peserta Kursus Pembangunan Usahawan Zakat Pulau Pinang Dalam Pensijilan Halal Malaysia dibawa…

54 years ago

7 DISEMBER 2023 – BENGKEL PEMURNIAAN KIT DLP MATEMATIK & SAINS SEKOLAH RENDAH DI BAWAH MPDCA TAHUN 2024

Bengkel ini telah berlangsung pada 06 - 07 Disember 2023 bertempat di Iconic Hotel, Bukit…

54 years ago

7 DISEMBER 2023 – KURSUS PEMBANGUNAN USAHAWAN ZAKAT PULAU PINANG DALAM PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

Kursus yang dikendalikan oleh Bahagian Keusahawanan Asnaf, Jabatan Agihan & Pembangunan Masyarakat, Zakat Pulau Pinang…

54 years ago