Telah berlangsung sebentar tadi satu sesi taklimat kepada 157 Sukarelawan Pengemaskini Data Asnaf Bagi Penerima Saguhati Hari Raya Tahun 2022, Zakat Pulau Pinang.
Pelantikan ini bertujuan untuk mendapatkan data yang terkini dan komprehensif bagi perancangan pembangunan sosio-ekonomi asnaf di Negeri Pulau Pinang.
Dato’ Amran bin Hazali, Ketua Pegawai Eksekutif, Zakat Pulau Pinang menyampaikan ucapan aluan dan berkongsi pengalaman beliau sepanjang berkecimpung dalam dunia Amil sejak tahun 1995.