Sg Ara : Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Bhd dan 3 lagi anak syarikat milik koperasi tersebut telah menunaikan Zakat Perniagaan dengan jumlah keseluruhan RM927,474.99 kepada Zakat Pulau Pinang, MAINPP.
Zakat Perniagaan tersebut diserahkan oleh Puan Hajjah Hayati Dato’ Ismail, Pengerusi Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Bhd kepada Ketua Pegawai Eksekutif, Zakat Pulau Pinang, MAINPP, En. Amran Hazali dalam satu majlis yang diadakan di Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Bhd pagi tadi.
Dalam majlis pertemuan ringkas berkenaan, turut DIbincangkan ruang kerjasama yang boleh dijalinKAN bagi membantu asnaf yang memerlukan.
“Semoga pernigaaan Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Bhd dan anak syarikat terus berkembang serta mencapai keuntungan dan dapat membantu lebih ramai asnaf yang memerlukan di negeri Pulau Pinang… ” kata CEO ZPP kepada seluruh kakitangan Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Bhd.