Alhamdulillah kelmarin Pak Mat dah selesai sempurnakan Zakat Perniagaan PAK MAT Western bersama Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.
Terima kasih Pak Mat atas sokongan dan terima kasih juga kerana sentiasa bersama Team Zakat bantu asnaf yang memerlukan di negeri Pulau Pinang tercinta ini.
Semoga segala urusan Pak Mat dan seluruh Team PAK MAT Western dipermudahkan oleh Allah, perniagaan bertambah maju, berkat serta diberi kesihatan yang baik. Ameen…