Sekitar Majlis Perhimpunan Perkhidmatan Awam bersama Y.A.B Ketua Menteri Pulau Pinang dan penerimaan hadiah pertandingan Kempen Tanpa Tunai yang berlangsung di Dewan Sri Pinang, Georgetown sebentar tadi.
Alhamdulillah ZPP telah memenangi tempat Ketiga bagi kategori A iaitu jabatan yang berjaya mengutip jumlah bilangan transaksi melalui e-pembayaran pada tahun 2021 melebihi 30,000 transaksi dan hadiah pertandingan telah diterima oleh Dato’ Amran bin Hazali, Ketua Pegawai Eksekutif ZPP.