Kolaborasi strategik Zakat Pulau Pinang (ZPP) dan Grab Malaysia ini telah menerokai inisiatif pemerkasaan asnaf melalui skim agihan zakat produktif.
10 orang rakan penghantar makanan telah menerima sumbangan motosikal baharu yang bernilai RM5,600.00 malah peserta akan dilindungi dengan Skim Keselamatan Sosial Pekerja Sendiri (SKSPS) di bawah PERKESO.
Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YB Dato’ Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin bin Abd Rahman, YDP Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).
Dalam majlis ini, Ketua Pegawai Eksekutif ZPP, Dato’ Haji Amran bin Hazali dan Pengarah Hal Ehwal Awam Dan Dasar Syarikat Grab Malaysia, Encik Ebi Azly bin Abdullah telah menandatangani dan bertukar dokumen persefahaman bagi perlaksanaan Program RakanGrab Zakat Pulau Pinang.
Turut hadir, Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Haji Wan Salim bin Wan Mohd. Noor, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang; YBhg. Dato’ Haji Samsudin bin Bakar, Setiausaha MAINPP; Encik Dastagir bin Mohd Yassin, Ahli Lembaga Pengarah ZPP dan Pengurusan Atasan Syarikat Grab Malaysia.