SKIM PENDAWAIAN ELEKTRIK RUMAH ASNAF (SPERA)
Skim agihan yang terkini daripada Zakat Pulau Pinang dengan kerjasama strategik Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam, di mana pihak IKTBN akan menggunakan kepakaran mereka untuk membuat pemeriksaan dan kerja pembaikan pendawaian elektrik di rumah asnaf yang telah dikenalpasti. Sementara ZPP akan membiayai kos yang telibat menggunakan dana agihan zakat.
Terima kasih IKTBN Bukit Mertajam, Terima kasih pembayar di Zakat Pulau Pinang.