Hari ini ZPP menerima kunjungan mahabbah dari PUSPEN Kampung Selamat. Kunjungan ini disambut mesra oleh Ketua Pegawai Eksekutif ZPP, Dato’ Haji Amran Bin Hazali dan beberapa orang pegawai.
Kunjungan ini telah diketuai oleh Penolong Pengarah PUSPEN Kampung Selamat, Encik Azhar Kamaruddin Saidin untuk membincangkan jalinan kerjasama bagi manfaat ummah.