Zakat Pulau Pinang, MAINPP selaku penaja utama diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Amran Hazali turut serta bersama-sama Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) dan para pelajar KAFA Menengah Pulau Pinang dalam Majlis Perasmian Penutup Ihtifal Senawi KAFA Menengah Pulau Pinang 2022.
Majlis dirasmikan oleh YB Dato’ Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Bin Abd Rahman selaku Pengerusi Yayasan Islam Pulau Pinang. Inilah Ihtifal yang julung kalinya dilaksanakan semenjak penubuhannya.
KAFA Menengah adalah suatu program berkonsepkan Pendidkan Islam dengan memberi penekanan kepada kemahiran membaca Al-Quran serta pengamalan asas-asas Fardhu Ain kepada pelajar di peringkat menengah yang berusia dari 13 hingga 16 tahun.
Program ini adalah kesinambungan daripada KAFA peringkat rendah. Pada masa ini hanya 3 negeri sahaja yang telah melaksanakan KAFA Menengah ini iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Perak.
Sebanyak 5 acara dipertandingkan dalam Ihtifal kali ini iaitu:
1. Pertandingan Muazzin Muda
2. Pertandingan Tilawah Al-Quran
3. Pertandingan Hafazan Al-Quran
4. Pertandingan Khutbah, dan
5. Pertandingan Kuiz
Semoga KAFA Menengah akan terus berkembang maju dan terus melebarkan sayapnya. InshaaAllah.