TYT Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak menghadiri Majlis Serahan Zakat Tenaga Nasional Berhad di Anjung Mutiara.
TYT Tun menyaksikan Majlis Akad dan Penyerahan Zakat Perniagaan oleh YBhg Dato’ Indera Ir. Baharin bin Din, Ketua Pegawai Eksekutif TNB yang berjumlah RM4,653,715.83 kepada YB. Dato’ Ir. Hj. Ahmad Zakiyuddin, TKM 1.
TYT Tun turut menyampaikan sumbangan dari Tabung Bantuan Kemanusiaan Zakat Pulau Pinang kepada 3 NGO terpilih iaitu Kedamaian Kemanusiaan Berhad yang berjumlah RM75,600.00, Global Peace Malaysia sebanyak RM50,000.00 dan Mercy Malaysia yang juga bernilai RM50,000.00.
Tabung Bantuan Kecemasan Zakat Pulau Pinang ini diwujudkan bagi membantu golongan asnaf yang berada di luar negara khususnya.
– Sumber Facebook TYT Penang