Zakat Pulau Pinang telah menerima kunjungan hormat daripada Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Kunjungan berkenaan diketuai oleh CEO PPZ, Tn Haji Abdul Hakim Amir Osman dan disertai beberapa pegawai kanan.
Kunjungan berkenaan bagi melihat pengalaman ZPP dalam menguruskan kutipan zakat fitrah di Pulau Pinang. Turut serta COO Wakaf Pulau Pinang yang turut membentangkan pengurusan wakaf di Pulau Pinang.