Berita 2021

25 DISEMBER 2021 – ZPP SALUR RM300,000 KEPADA MANGSA BANJIR

25 Disember 2021, Bukit Mertajam :Β Zakat Pulau Pinang (ZPP) telah memperuntukkan RM300,000 untuk membantu umat Islam yang terkesan akibat banjir besar yang melanda Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Misi Bantuan Banjir Selangor & Wilayah Persekutuan Agensi-agensi Di bawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) yang diketuai ZPP telah dilepaskan oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), YB Dato’ Ir Haji Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman di Masjid Daerah Bandar Seberang Perai Tengah.

Misi sukarelawan kali ini turut disertai oleh MAINPP, Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Wakaf Pulau Pinang, Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB) dan Masjid Daerah SPT.

Bantuan bernilai RM300,000 tersebut telah disalurkan melalui Majlis Agama Islam Negeri Selangor (MAIS), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Universiti Selangor (UNISEL) untuk disalurkan kepada mangsa banjir. Selain itu, sukarelawan Misi Bantuan Banjir turut membantu membersihkan sekolah KAFA Integrasi Nurul Huda di Parit Mahang, Jeram, Selangor yang turut terkesan akibat banjir.

Ketua Pegawai Eksekutif ZPP, Amran Hazali mengambil kesempatan merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pembayar zakat di Pulau Pinang yang menunaikan tanggungjawab untuk membantu golongan yang memerlukan khususnya yang terjejas akibat bencana banjir ini melalui dana zakat yang diagihkan.

SITI JAUHARAH

Zakat Pulau Pinang merupakan organisasi di bawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Urus Zakat (PUZ).

Recent Posts

12 DISEMBER 2023 – ZIARAH ASNAF PENERIMA SKIM PERUBATAN DAN SKIM SARAHIDUP SEKITAR SPU, SPS DAN TL

Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang turun menziarahi asnaf-asnaf yang memerlukan Skim…

54 years ago

9 DISEMBER 2023 – PROGRAM KURSUS PEMBANGUNAN USAHAWAN ZAKAT PULAU PINANG DALAM PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

Di akhir program ini diharapkan para peserta akan berkemampuan untuk memahami konsep pengurusan dan keperluan…

54 years ago

8 DISEMBER 2023 – LAWATAN LAPANGAN KURSUS PEMBANGUNAN USAHAWAN ZPP DAN PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

Seramai 30 orang peserta Kursus Pembangunan Usahawan Zakat Pulau Pinang Dalam Pensijilan Halal Malaysia dibawa…

54 years ago

7 DISEMBER 2023 – BENGKEL PEMURNIAAN KIT DLP MATEMATIK & SAINS SEKOLAH RENDAH DI BAWAH MPDCA TAHUN 2024

Bengkel ini telah berlangsung pada 06 - 07 Disember 2023 bertempat di Iconic Hotel, Bukit…

54 years ago

7 DISEMBER 2023 – KURSUS PEMBANGUNAN USAHAWAN ZAKAT PULAU PINANG DALAM PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

Kursus yang dikendalikan oleh Bahagian Keusahawanan Asnaf, Jabatan Agihan & Pembangunan Masyarakat, Zakat Pulau Pinang…

54 years ago