Program hasil kerjasama erat antara Pusat Islam USM dan Zakat Pulau Pinang (ZPP) ini bertujuan menyemarakkan kesedaran berzakat di kalangan warga USM dan sekitarnya seterusnya memberi manfaat dan impak yang besar kepada pembayar dan penerima zakat khasnya pelajar-pelajar dan staf-staf USM.
Antara pengisian program ini adalah Forum Chit-Chat Zakat, Penyerahan Kit Ready To Eat kepada asnaf di kalangan pelajar USM, Khutbah Zakat di Masjid al-Malik Khalid USM dan kaunter perkhidmatan zakat.
Menurut Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Zakat Pulau Pinang, Ustaz Mohamad Kairi Ghazalli, ZPP berharap program kempen sebegini dapat menggalakkan lagi staf USM agar berzakat melalui potongan gaji secara bulanan.
Kata beliau lagi, zakat tersebut akan diagihkan kepada asnaf Fakir, Miskin, Fisabilillah dan Muallaf di kalangan staf dan pelajar USM yang memerlukan.