Hari ini, NS Nasi Kandar Bukit Jambul menunaikan zakat perniagaan melalui Zakat Pulau Pinang.
Tuan Abdul Hamid bin Nagoor Sultan, Pengarah Urusan menyatakan rasa syukur dan penghargaan atas kehadiran wakil Zakat Pulau Pinang ke premis beliau, yang telah memudahkan proses pembayaran zakat.
Mari kita sama-sama mendoakan agar perniagaan beliau terus maju, berkembang, dan diberkati. Semoga ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai usahawan lain untuk menunaikan tanggungjawab zakat.