Zakat Perniagaan tersebut diserahkan oleh Pemangku Pengarah Eksekutif Operasi Lembaga Tabung Haji (TH), Mohamed Ameen S.M.A Abdul Wahab kepada Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) merangkap Timbalan ketua Menteri 1 Pulau Pinang, YB Dato’ Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman dengan disaksikan oleh TYT Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.
Dalam majlis yang sama, Zakat Pulau Pinang turut menyalurkan bantuan tahunan kepada Kompleks Darul Hidayah, Darul Hanan Pulau Pinang serta Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital Pulau Pinang.
Turut hadir, Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Dato’ Dr. Roslan Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Haji Wan Salim Wan Mohd Noor, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Dato’ Haji Samsudin Bakar, Ahli-ahli Lembaga Pengarah Zakat Pulau Pinang (ZPP) serta pegawai-pegawai pengurusan ZPP.
Semoga Allah merahmati serta melimpahkan keberkatan buat seluruh warga TH atas zakat yang telah ditunaikan.