Petang tadi ZPP telah menerima kunjungan hormat daripada Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) yang diketuai oleh Dato Haji Ishak Haji Mohamed selaku Naib Presiden Eksekutif MRCB.
CEO ZPP, Dato Haji Amran Hazali telah menerima kunjungan tersebut. Tujuan lawatan tersebut bagi membincangkan kerjasama yang boleh dilaksanakan diantara ZPP dan MRCB bagi meningkatkan ekonomi asnaf di Pulau Pinang.