Objektif Majlis Serahan Nur Ramadan 2023/1444H antara lainnya untuk meringankan beban golongan asnaf dan miskin dan seterusnya memberikan kegembiraan sempena menyambut kedatangan Ramadhan dan Aidilfitri setiap tahun. Di samping itu, Zakat Pulau Pinang berharap agar program ini dapat menyemarakkan kesedaran berzakat kepada semua umat Islam di Pulau Pinang.
Serahan Nur Ramadan pada tahun ini adalah berjumlah RM4,028,000.00. Jumlah ini merangkumi sumbangan tunai sebanyak RM2,778,000.00 serta sumbangan hamper bernilai RM1,250,000.00.
Seramai 4,261 orang penerima dalam kalangan asnaf fakir dan miskin terlibat pada tahun ini. Setiap orang penerima Nur Ramadan menerima wang tunai sebanyak RM700.00 dan sebuah hamper yang bernilai RM100.00.
Terima kasih kepada pembayar-pembayar zakat kerana melaksanakan tanggungjawab menunaikan zakat di Zakat Pulau Pinang. Semoga lebih ramai individu dan syarikat korporat tampil menunaikan zakat bagi membantu Zakat Pulau Pinang membela golongan asnaf di negeri Pulau Pinang ini.