21 DISEMBER 2021, Kepala Batas – Pusat Jagaan Damai Permai adalah salah satu dari 8 buah pusat jagaan yang menjaga asnaf-asnaf pesakit terlantar, pesakit mental, OKU dan warga emas yang dibiayai oleh Zakat Pulau Pinang.
Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang, Encik Amran Hazali, hari ini meluangkan masa bagi menziarahi 13 orang asnaf dari kalangan warga emas dan pesakit terlantar yang dibiayai oleh Zakat Pulau Pinang di pusat jagaan ini.
Zakat Pulau Pinang memperuntukkan sebanyak RM800 sebulan bagi setiap asnaf. Ini bagi meringankan beban yuran bulanan yang terpaksa ditanggung oleh pihak keluarga asnaf. Jumlah keseluruhan bantuan bagi asnaf di pusat jagaan ini adalah sebanyak RM10,400 setiap bulan.
Bilangan keseluruhan asnaf yang dibiayai Zakat Pulau Pinang di 8 buah pusat jagaan adalah seramai 116 orang dengan jumlah perbelanjaan bulanan sebanyak RM93,300.00.