Zakat Pulau Pinang (ZPP) telah menerima lawatan mahabbah dari Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) yang diketuai oleh Tn Haji Nasri bin Md Ali, Ketua Pegawai Eksekutif MAIJ. Rombongan dari MAIJ ini disambut mesra oleh Ketua Pegawai Projek ZPP, Ustaz Mohamad Kairi Ghazalli dan beberapa pegawai kanan ZPP.
Antara tujuan utama kunjungan ini adalah bagi mewujudkan jalinan silaturahim dan kerjasama lebih erat dan berkongsi pengalaman dalam urus tadbir zakat.
Semoga dengan lawatan ini akan menyumbang kepada penambahbaikkan bersama untuk manfaat asnaf.