BERITA AGIHAN

2 SEPTEMBER 2022 – MAJLIS PENYERAHAN SURAT TAWARAN DAN SUMBANGAN TAJAAN PELAJAR KITAB

TYT Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak menghadiri Majlis Penyerahan Surat Tawaran dan Sumbangan Tajaan Pelajar KITAB ke Universiti Wise Amman, Jordan oleh Bank Rakyat di Anjung Mutiara.
Turut hadir ialah YB. Dato’ Ir. Hj. Ahmad Zakiyuddin bin Abdul Rahman, TKM 1 merangkap Yang Dipertua MAINPP dan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah, Zakat Pulau Pinang (ZPP), YB. Sahibus Samahah Dato’ Dr. Haji Wan Salim bin Wan Mohd Noor, Mufti Pulau Pinang, YBhg. Dato’ Dr. Roslan bin Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah KITAB Pulau Pinang, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Rektor, YBhg. Dato’ Amran bin Hazali, Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang, YBhg. Dr. Mohammad Hanis Osman, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Encik Ahmad Shahril Mohd Hanis, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif serta dif-dif jemputan.
TYT Tun menyaksikan penyerahan sumbangan tajaan oleh YBhg. Dr. Mohammad Hanis Osman yang berjumlah RM 860,000.00 kepada YBhg. Dato’ Dr. Roslan bin Ahmad dan majlis akad serta penyerahan zakat perniagaan sebanyak RM 592,974.00 oleh YBhg. Dr. Mohammad Hanis Osman kepada YB. Dato’ Ir. Hj. Ahmad Zakiyuddin.
Sumbangan tajaan biasiswa ini bertujuan membantu pelajar-pelajar lepasan diploma KITAB bagi melanjutkan pelajaran ijazah sarjana muda ke The World Islamic Sciences Education University (WISE) Amman Jordan.
SITI JAUHARAH

Zakat Pulau Pinang merupakan organisasi di bawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Urus Zakat (PUZ).

Recent Posts

12 DISEMBER 2023 – ZIARAH ASNAF PENERIMA SKIM PERUBATAN DAN SKIM SARAHIDUP SEKITAR SPU, SPS DAN TL

Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang turun menziarahi asnaf-asnaf yang memerlukan Skim…

54 years ago

9 DISEMBER 2023 – PROGRAM KURSUS PEMBANGUNAN USAHAWAN ZAKAT PULAU PINANG DALAM PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

Di akhir program ini diharapkan para peserta akan berkemampuan untuk memahami konsep pengurusan dan keperluan…

54 years ago

8 DISEMBER 2023 – LAWATAN LAPANGAN KURSUS PEMBANGUNAN USAHAWAN ZPP DAN PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

Seramai 30 orang peserta Kursus Pembangunan Usahawan Zakat Pulau Pinang Dalam Pensijilan Halal Malaysia dibawa…

54 years ago

7 DISEMBER 2023 – BENGKEL PEMURNIAAN KIT DLP MATEMATIK & SAINS SEKOLAH RENDAH DI BAWAH MPDCA TAHUN 2024

Bengkel ini telah berlangsung pada 06 - 07 Disember 2023 bertempat di Iconic Hotel, Bukit…

54 years ago

7 DISEMBER 2023 – KURSUS PEMBANGUNAN USAHAWAN ZAKAT PULAU PINANG DALAM PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

Kursus yang dikendalikan oleh Bahagian Keusahawanan Asnaf, Jabatan Agihan & Pembangunan Masyarakat, Zakat Pulau Pinang…

54 years ago