Berita 2023

2 JUN 2023 – MAJLIS PENYERAHAN RUMAH SKIM INAPAN KASIH DAN SKIM BAIK PULIH ZPP

ZPP petang tadi telah menyerahkan rumah Skim Inapan Kasih kepada Encik Syahrul Nizam Zainon. Beliau yang bekerja sebagai tukang kayu tinggal di dalam sebuah bangsal yang dibina sendiri bersama seorang isteri dan 3 orang anak. Rumah Skim Inapan Kasih ZPP ini bernilai RM72,000.00 dengan keluasan 800 kaki persegi.

Seorang lagi penerima adalah Encik Saiful Nizan Mohamad. Beliau yang juga penerima Skim Makanan Bulanan ZPP telah menerima Skim Baik Pulih Rumah. ZPP telah membina sebuah ruangan dapur dan tandas berserta bilik air baharu yang berkeluasan 200 kaki persegi. Jumlah keseluruhan baik pulih ini bernilai RM22,000.00.

Upacara penyerahan telah disempurnakan oleh YB Dato’ Ir Hj Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

Ketua Pegawai Eksekutif ZPP, Dato’ Amran Hazali merakamkan jutaan terima kasih kepada pembayar-pembayar zakat kerana melaksanakan tanggungjawab menunaikan zakat di Zakat Pulau Pinang serta berharap lebih ramai individu dan syarikat korporat tampil menunaikan zakat bagi membantu Zakat Pulau Pinang meneruskan agenda penting membela golongan asnaf di negeri Pulau Pinang.

SITI JAUHARAH

Zakat Pulau Pinang merupakan organisasi di bawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Urus Zakat (PUZ).

Recent Posts

12 DISEMBER 2023 – ZIARAH ASNAF PENERIMA SKIM PERUBATAN DAN SKIM SARAHIDUP SEKITAR SPU, SPS DAN TL

Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang turun menziarahi asnaf-asnaf yang memerlukan Skim…

54 years ago

9 DISEMBER 2023 – PROGRAM KURSUS PEMBANGUNAN USAHAWAN ZAKAT PULAU PINANG DALAM PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

Di akhir program ini diharapkan para peserta akan berkemampuan untuk memahami konsep pengurusan dan keperluan…

54 years ago

8 DISEMBER 2023 – LAWATAN LAPANGAN KURSUS PEMBANGUNAN USAHAWAN ZPP DAN PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

Seramai 30 orang peserta Kursus Pembangunan Usahawan Zakat Pulau Pinang Dalam Pensijilan Halal Malaysia dibawa…

54 years ago

7 DISEMBER 2023 – BENGKEL PEMURNIAAN KIT DLP MATEMATIK & SAINS SEKOLAH RENDAH DI BAWAH MPDCA TAHUN 2024

Bengkel ini telah berlangsung pada 06 - 07 Disember 2023 bertempat di Iconic Hotel, Bukit…

54 years ago

7 DISEMBER 2023 – KURSUS PEMBANGUNAN USAHAWAN ZAKAT PULAU PINANG DALAM PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

Kursus yang dikendalikan oleh Bahagian Keusahawanan Asnaf, Jabatan Agihan & Pembangunan Masyarakat, Zakat Pulau Pinang…

54 years ago